Image

NAMA: AZWAN ZUHAIRI

a.k.a MASTER ZACK
music intelligence composer | penulis chapter | penulis lirik


Laman Media Sosial
Facebook: https://facebook.com/azwanzuhairi
Instagram: https://instagram.com/azwanzuhairi
Youtube: https://youtube.com/@azwanzuhairi
Thread: https://threads.com/azwanzuhairi
Tiktok: https://tiktok.com/@azwanzuhairi
X: https://x.com/azwanzuhairi

'aku menulis untuk aku. kisahnya mungkin agak sama dengan kamu. ini kerna kita berada dibawah langit biru'

Temuramah Eksklusif
“The Story Behind The Native Series”

Wartawan: Tuan Azwan, tiga album dalam satu siri — Native Vol.1, Vol.2 dan Vol.3 iaitu Edisi Sinematik — bukan pencapaian kecil. Apa sebenarnya yang mendorong lahirnya siri Native ini?

azwan:

Native bermaksud “asli, penduduk asal”. Dalam konteks siri ini, semua lagu dicipta secara ASLI dalam persekitaran digital — bukan remix, bukan adaptasi, bukan sampling luar. Ia memang lahir dari dunia Kecerdasan Buatan itu sendiri. Apabila saya memberikan arahan dengan penuh deklarasi seni, kecerdasan buatan membalas dengan muzik yang hidup. Setiap track dalam "THE NATIVE TRILOGY" ini adalah persepsi perjalanan diri dan kisah hidup kita semua — daripada kekosongan, pencarian, sehinggalah ke era kebangkitan semula. Ia bukan hanya sebuah eksperimentasi malah jauh lebih lagi sebagai suatu deklarasi seni.

Wartawan: Apa cabaran terbesar dalam menghasilkan 3 album siri Native atau yang tuan namakan tadi 'THE NATIVE TRILOGY'?

azwan:

Disiplin. Anda mungkin nampak outputnya 28 buah lagu dan memperkecilkannya 'Itupun AI yang buat'. Namun prosesnya memerlukan fokus yang tajam dan luar biasa. Setiap komposisi perlu diseimbangkan antara emosi, naratif dan ton muzik. Saya tidak mahu hasil yang “random” sehingga mereka menyangka 'Alah, tahu ni lagu AI'. Tidak, saya tidak buat begitu, setiap arahan saya pastikan 'mereka' (AI) benar-benar bersama dengan saya dan menghayati apa kehendak saya dalam menghasilkan masterpiece ini. Saya mengemudikannya untuk menjadikan lagu yang mempunyai karakter dan jiwa. Yang akhirnya mampu memberi penghayatan kepada para pendengar. Itulah cabaran sebenar — memastikan setiap track benar-benar layak digelar "NATIVE masterpiece”.

Wartawan: Mengapa album ini hanya dijual di azwanzuhairi.com? Kenapa tidak platform umum?

azwan:

Sebab saya mahu kawalan penuh. Saya mahu pengalaman pendengar dipremiumkan, bukan dipadatkan oleh platform streaming. Bila mereka beli di azwanzuhairi.com, mereka dapat versi yang terbaik — resolusi audio tinggi, metadata lengkap dan nota peribadi daripada saya (composer notes). Lagi satu, karya eksklusif sentiasa lebih bernilai. Kalau semuanya ada di platform besar, ia hilang nilai premium dan privilage.

Wartawan: Tuan menjual satu album bermula dengan harga rm69.90. Tuan rasa ada ke orang nak beli?

Persoalannya bukan ada orang nak beli atau tidak, tapi persoalannya adakah mereka nak merasai semula jiwa rock anthem. Jiwa yang dahulu tapi diadun dengan situasi kini. Sebagai contoh lagu Hujan Oktober, Bayangan Mu, Bayangan Mu II dan Ghosting. Kisah cinta dulu tak sama macam sekarang. Dan banyak perkataan-perkataan baru (yang digunakan pada masa kini) yang tidak ada pada lagu-lagu terdahulu. Saya menghidupkan kembali jiwa itu dengan situasi terkini dengan cara yang lebih versatile.

Wartawan: Macam mana, Tuan Azwan boleh menjiwai lalu menulis lirik dan menggubah lagu-lagu ini?

azwan:

Ada sesetengah lagu yang saya tulis memang berdasarkan kisah hidup sendiri contohnya lagu 'Kau Isteriku'. Semua bait-bait lirik daripada pertemuan pertama, berjumpa secara bersemuka di stesen bas setelah pertemuan secara alam maya di Facebook. Kebetulan pula hari pertemuan itu untuk mengambil jubah graduasi dia dan hari dia bergraduasi jatuh pada hari jadi saya. Lagu itu sangat mudah nak dibuat. Ada pula lagu yang mengambil masa beberapa bulan untuk saya buat research dan rasainya sendiri seperti Bayangan Mu dan Bayangan Mu II.

Wartawan: Pada tuan apa lagu yang boleh menimbulkan kontroversi dalam karya kali ini?

azwan:

Setakat ini, saya rasa tiada apa yang boleh mencetuskan kontroversi sebab semua lagu yang ditulis berdasarkan 'Refleksi Diri' dan 'Lagu Cinta'. Tapi rasanya mungkin 'Sakinah M.W. Versi Asli & versi  Sinematik Pop.

Wartawan: Kalau itu bukannya mencetuskan isu-isu sensitif seperti politik atau perkauman tapi hanya lagu cinta sahaja, kenapa pula lagu Sakinah M.W itu boleh mencetuskan kontroversi? Dan adakah maksud M.W di akhir tajuk itu, adalah Most Wanted?

azwan:

Oh bukan. Pandai pulak kamu ya meneka M.W. tu most wanted, tapi itu bukan maksudnya. Sakinah M.W. bermaksud Sakinah Mawaddah Warrahmah. Saya rasa masyarakat sekarang lebih open bila ada podcast, live dan sebagainya. Sesuatu maklumat dan info itu boleh diceritakan dan dibahaskan secara dua hala dalam media sosial samada mendapat kecaman mahupun sokongan. Sakinah M.W ni adalah lagu tentang poligami.

Wartawan: Dalam banyak-banyak lagu ini, mana lagu yang Tuan rasa 'rare' dan sangat berhati-hati apabila mendengarnya?

azwan:

Suara Dalam Sunyi. Amaran dan Peringatan. Jangan dengar lagu ini ketika kalian berada dalam emosi yang tidak stabil samada sedang bersedih atau galau yang teramat sangat. Kerana lagu ini dibuat dengan 'jiwa'. Ada elemen jiwa akan menusuk seperti bulu roma meremang, air mata tertitis atau tindakan luar kawalan. Tapi kalau emosi stabil dan ok, tiada masalah. Boleh dikatakan masterpiece ini saya cipta hampir menyerupai 'Let Down' Radio Head.

Wartawan: Lagu yang tak boleh missed dan wajib dengar pula?

azwan:

Sebenarnya SEMUA, semua lagu tak boleh missed dan wajib didengari. Sebab kalau beli 1 album sahaja, akan missed harga bundle "THE NATIVE TRILOGY". Makanya akan missed penceritaan SIRI NATIVE ini. Tapi yang tak boleh missed sangat SEMESTINYA THE COMBACK Versi Sinematik dan Versi Asli (Yang terdapat pada Album Native Vol.1 dan Vol.3.) Sebab itu saya katakan tadi, lebih bebaloi dapatkan kesemua SIRI NATIVE ini dalam satu pembelian sahaja iaitu terus membeli "THE NATIVE TRILOGY"

Wartawan: Dan terakhir lagu mana yang paling sukar untuk Tuan Azwan compose?

azwan:

Bayangan Mu dan Bayangan Mu II. Ia ambil masa sekitar 10 bulan untuk saya kaji, dapatkan feedback dan feel situasi itu. Cabaran untuk menukar beberapa perkataan ke dalam bahasa melayu sebagai contohnya 'langkah = story', 'menyekat = block', 'senarai = follower'... namun ada beberapa perkataan juga yang saya terpaksa kekalkan sebab kalau diterjemahkan makna tu jadi tak kena dalam lagu contohnya 'like' & 'post'... kecuali pada versi sinematik yang saya gubah selepas versi asli release dimana 'postmu' itu saya tukar kepada 'hantaranmu'... dan bila diaudit balik perkataan 'hantaranmu' pada versi sinematik tidak menjejaskan lagu, tapi kalau kita replace pada versi asli dia jadi tak kena.

Wartawan: Wah, macam tu sekali details Tuan Azwan boleh tulis dan fikirkan secara kritis. nama tuan sepatutnya sebaris dengan komposer-komposer terkenal.

azwan:

Sebenarnya sebelum ni banyak lagi karya-karya lirik dan juga musik yang pernah saya cuba untuk hasilkan, tapi dibuang begitu sahaja. Antara sebab ialah saya bukannya ahli muzik dan tiada kenalan dgn mana-mana artis yang boleh hidupkan karya saya. Jadi kekangan itu membuatkan saya bukan kearah itu, walaupun minat itu ada. Tapi syukur dengan perkembangan teknologi sekarang kreativiti itu boleh dibangunkan kembali. Maka sesuailah dengan gelaran 'Music Intelligence Composer' yang menggubah lagu melalui arahan kepada kecerdasan buatan.

Wartawan: Fuhhh, dahsyatlah Tuan Azwan boleh buat Falsafah muzik dan komposer sendiri niche Artificial Intelligence. adakah Tuan ada apa2 perancangan untuk mengadakan 'short course' tertentu suatu hari nanti gaya falsafah Tuan Azwan sendiri.

azwan:

Buat masa terdekat ini saya lebih kepada memperluaskan lagi karya saya. Banyak lagi yang saya nak release terutamanya lagu-lagu berunsurkan ke-Agamaan dan ke-Tuhanan memandangkan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi.

Wartawan: Jadi apa harapan tuan untuk pendengar-pendengar yang baru nak mengenali tuan?

azwan:

Khususnya kepada millennials yang kita adalah sezaman bersama, 'aku tulis untuk aku, namun untuk kalian merasainya semula'. Kawan, lagu2 klasik, sinematik, slow dan rock anthem dah hampir terkubur. Jadi aku menyalakan kembali jiwa-jiwa itu. Aku harap dengan karya ini serba sedikit mengubat kerindaun kalian. Ada juga aku selitkan genre pop balada agar sesuai dengan semua generasi.

Dan untuk semua, dapatkanlah FULL ALBUM Native Vol.1, Native Vol.2 dan Native Vol.3 ini hanya SAH di azwanzuhairi.com.

Ini bukan sekadar kompilasi lagu. Ini adalah perjalanan jiwa. Setiap track dalam album ini lahir bukan daripada Kecerdasan Buatan semata-mata, tetapi daripada gabungan hasrat, rasa dan visi seni yang dicipta dengan penuh ketelitian.

Setiap bait melodi, setiap alunan harmoni dan setiap atmosfera bunyi diadun untuk membawa pendengar masuk ke dalam dunia penceritaan yang emosional, sinematik dan benar-benar unik. Inilah karya yang dicipta untuk MEREKA yang PANDAI menghargai seni, bukan sekadar muzik AI.

Album ini bukan hanya untuk didengar, tetapi untuk dialami. Anda akan merasai sendiri bagaimana setiap lagu membawa naratif tersendiri — daripada keheningan nostalgia, kegetaran kehilangan, hinggalah kepada kebangkitan semula yang memberi harapan. Semua ini digarap dengan gaya tersendiri Azwan Zuhairi, menjadikan album-album ini satu koleksi eksklusif yang tidak akan anda temui di mana-mana platform lain.

Pembelian album ini di azwanzuhairi.com bukan sekadar mendapatkan lagu, tetapi anda menyokong satu gerakan seni baharu: era muzik generasi seterusnya. Setiap sen yang anda laburkan adalah tanda penghargaan kepada dunia kreatif yang lebih besar daripada sekadar viral dan trending atau gelombang semasa. Anda menjadi sebahagian daripada komuniti eksklusif yang menghargai originality, kualiti dan cerita di sebalik setiap masterpiece.

Album ini juga hadir dengan susunan audio yang DIJANA khas untuk pendengaran premium. Anda akan mendengar perincian yang tidak akan wujud dalam versi biasa — kerana versi yang ada di azwanzuhairi.com adalah THE OFFICIAL MASTER RELEASE, satu-satunya versi yang membawa jiwa sebenar setiap lagu.

Jika anda ingin merasai muzik yang mempunyai jiwa, peribadi dan identiti, di sinilah tempatnya.

Dapatkan full album ini secara sah, eksklusif dan 100% original hanya di azwanzuhairi.com.

Disclaimer: TikTok is a Registered Trademark of TikTok.com. Google is a Registered Trademark of Google.com. Facebook or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. Canva or is a Registered Trademark of Canva.com. APPSNIAGA NETWORK is not affiliated with TikTok.com, Canva.com, Google.com & Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners

Terms & Conditions: All access can be given in our private Membership System. Please login and check your email once you made your payment.

Privacy Policy: We use Google AdWords Remarketing, Facebook Ads Remarketing & TikTok Ads Remarketing to advertise this website across the Internet. All Ads Remarketing will display relevant ads tailored to you based on what parts of this website you have viewed by placing a cookie on your machine. This cookie does not in anyway identify you or give access to your computer. The cookie is used to say “This person visited this page, so show them ads relating to that page.” Ads Remarketing allows us to tailor our marketing to better suit your needs and only display ads that are relevant to you. If you do not wish to participate in our Ads Remarketing, you can opt out by visiting Ads Preferences Manager.

©️ Copyright 2025. APPSNIAGA NETWORK. All Rights Reserved.

Pembayaran diuruskan oleh Billplz

 
Hotline :

+6011-30505070

Support Hours :

Isnin - Jumaat / 08.00 - 17.00

(Kecuali Cuti Umum)
Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account