
NAMA: AZWAN ZUHAIRI
a.k.a MASTER ZACK
music intelligence composer | penulis chapter | penulis lirik
Laman Media Sosial
Facebook: https://facebook.com/azwanzuhairi
Instagram: https://instagram.com/azwanzuhairi
Youtube: https://youtube.com/@azwanzuhairi
Thread: https://threads.com/azwanzuhairi
Tiktok: https://tiktok.com/@azwanzuhairi
X: https://x.com/azwanzuhairi
'aku menulis untuk aku. kisahnya mungkin agak sama dengan kamu. ini kerna kita berada dibawah langit biru'
Ramadan Ambiance Soundscape
Intro Video Demo Ramadan Ambiance Soundscape
Ramadan bakal membuka tirainya dalam beberapa hari sahaja lagi. Premis-premis yang menyediakan buffet Ramadan sudah semestinya ternanti-nantikan detik ini dengan memperkenalkan juadah dan menu berbuka puasa istimewa kepada para pelanggan.
Kami, Team azwanzuhari.com, tidak terkecuali. Buat julung-julung kalinya pada Ramadan ini, kami mempersembahkan RAMADAN AMBIANCE SOUNDSCAPE — sebuah pengalaman audio yang direka khas untuk mewujudkan suasana berbuka yang lebih tenang, berjiwa dan berkelas yang boleh diperdengarkan di premis anda.
Ramadan Ambiance Soundscape merangkumi tiga buah album iaitu:
-
Before The Call (Instrumental),
-
The Zikr
-
Whispers Of The Dunes (Instrumental).
Ramadan Ambiance Soundscape hadir bukan sekadar sebagai muzik latar tetapi sebagai elemen pengalaman yang melengkapkan suasana berbuka puasa — membantu pelanggan berasa lebih tenang dengan irama padang pasir dan alunan zikir, damai dan selesa saat menikmati waktu berbuka dengan penuh penghayatan.
Ia direka untuk tidak mengganggu perbualan, tidak terlalu menonjol, namun cukup untuk mengembalikan mood dan ruang emosi yang menjadikan pengalaman berbuka di premis anda lebih tersusun dan eksklusif.
Bagi pemilik premis, suasana yang baik bukan sahaja meningkatkan keselesaan pelanggan, malah membantu mereka menikmati hidangan dengan lebih santai dan meninggalkan premis dengan pengalaman yang positif malah mungkin akan mengajak keluarga dan rakan-rakan yang lain.
Ramadan Ambiance Soundscape adalah sentuhan halus yang membezakan premis anda — bukan melalui hidangan berbuka semata-mata, tetapi melalui halwa telinga dan ambiance yang dirasai oleh setiap pelanggan.




